Saturday, December 21, 2013

New Year

Tak lama lagi kite akan bertemu dengan tahun baru 2014. Korang dah pasang azam siap2 tak? Ak macam biasa lah..azam tahun lepas pun entah ke mana *sebab tak ingat. hehe..So, tahun depan ak azam nak jadi manusia yang lebih baik *pehh..kemain.. sebab umur pun semakin meningkat. Bila umur meningkat, kite secara tak sedarnye semakin dekat dengan kematian *insaf2..

senyum sokmo mayat ni

Tahun depan jugak adalah tahun Piala Dunia di mana semua peminat bola sepak sangat ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu saat ini setelah 4 tahun menunggu. last world cup Spain yang menang, so tahun ni korang expect siapa yang menang? mestilah argentina kan..sebab ak sokong argentina...haha.

si botak kanan sekali
Ak sokong argentina pun sebab ade Lionel al Messi. bila messi retired nanti, ak sokong team lain pulak..:P
ak harap sangat messi inform world cup tahun depan sebab mostly bile die dengan national team, jarang sangat die inform dan bantu team. Banyak orang salahkan messi bila team argentina tak inform, padahal main bola ni ade 11 pemain. alih2 mesti salahkan die *puii..
Dan ak expect beberapa team akan menyerlah tahun depan daripada world cup sebelum ni, antaranya Belgium, Uruguay, Brazil...*itu je ak tahu yang akan menyerlah. yang lain korang pikirlah sendiri...

Cukup pasal bola. Dengar cerita tahun ni adalah tahun last bagi Jackie Chan berlakon filem aksi. Die nak bersara dari berlakon filem action mungkin sebab faktor usia kot. umur pun dah dekat 60. otot badan semua dah kendur. strength pun makin berkurang. so, sebab tu lah kot die nak bersara. dah tua2 mana larat nak berlari, sprint, gaduh semua..kalau korang nak tahu, hampir 100 peratus aksi lakonan beliau dilakonkan sendiri. pehh..respek gua sama lu..ak dari kecik sampai sekarang minat cerita aksi. filem Jackie Chan antaranya la. mostly filem die mesti ada selit komedi2 lawak dengan pelakon lain, so faktor tu lah filem action die tak bosan. last filem action die, Police Story 2013 akan ditayang secara rasmi bermula 24 Disember ni.
Jom kita pi tengok ramai2.

gua dah nak bersara. korang jgn sedih2 ek..

Lastly, tahun 2014 merupakan tahun agak mencabar bagi semua rakyat Malaysia sebab tahun depan semua harga barang, benda akan naik. harga petrol naik, harga gula pun naik..so, bila harga petrol dan gula naik, secara tak langsung harga makanan, minuman, dan barang2 seperti kasut baju akan turut sama naik. so, tahun depan kena banyak buat savings, cari duit pasif, lebih2 lagi anak muda macam ak yang kerja pun belum tentu dapat..hmm *hanya mampu mengeluh..tapi walau apapun berlaku, ak akan berusaha cari duit, kalo dapat kerja, alhamdulillah..sebabnye kalo cepat ada duit sendiri, lagi cepat boleh kawen..hehe. so, korang macam mana? apa plan korang nak hadap segala harga, cukai yang naik ni? Lu orang pikir lah sendiri..

selamat datang 2014!

*cukup sampai di sini sahaja. assalaamualaikum..

No comments:

Post a Comment