Ak nak share sikit dekat korang ape yg ak tahu. Ade 3 jenis asas tubuh badan manusia, iaitu:
1) Endomorph
2) Mesomorph
3) Ectomorph
3 jenis asas tubuh badan |
Ape benda endomorph, mesomorph dgn ectomorph ni? Macam power rangers je..Ak akan explain secara ringkas satu-persatu dekat bawah.
1) Endomorph
Orang dalam kategori ini mempunyai badan atau abdomen yang lebih besar. Mereka juga punya sistem pencernaan yg besar (secara teori). Badan orang ini secara fizikalnya kelihatan lembut, bulat dan kurang otot. Peluang untuk golongan ini gemuk adalah tinggi kerana badan mereka ada sel lemak yg banyak. Contoh individu terkenal yg miliki bentuk badan macam ni, seperti jonah hill, oprah winfrey, dan syanie.
2) Mesomorph
Mereka (terutama lelaki) yg tergolong dalam kategori ini mempunyai kerangka badan yg besar. Bahagian upper body mereka lebih besar daripada abdomen. Tubuh badan jenis ini juga mudah untuk bina otot. Jenis ini nampak gagah, aktif bersukan dan bertenaga. Hormon tumbesaran golongan ini lebih tinggi dari yg lain dan secara tk langsung menyerlahkan kematangan wajah mereka sejak dari bangku sekolah lagi. Contoh golongan sebegini, seperti para atlet sukan, bodybuilder, dan kim jong kook.
3) Ectomorph
Bagi dalam kategori ini pula, tubuh mereka lebih kurus dari yg lain. Disebabkan tubuh yg kurus, mereka agak sukar untuk naikkan berat badan. Secara genetik, golongan ini mempunyai kurang sel lemak berbanding individu dalam golongan mesomorph dan endomorph. Individu ini kebiasaanya tampak kurang muscular, miliki wajah awet muda dan kelihatan agak jambu (bagi lelaki). Contoh individu ectomorph, seperti ashraf muslim, mat-mat korean dan lee gwang soo.
ps: Korang yg mane??
No comments:
Post a Comment